Bancuh sedikit asam jawa
bersama air dan sesudu tepong
ubi, kacau sehingga ia menjadi
larutan pekat. Pupurkan kepada
muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih
kurang limabelas minit. Selepas
itu barulah dibilas.
Didihkan susu segar atau pun
susu tepong bercampur air.
Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu
dibasuh dengan air bersih.