1. Jika anda makan nasi jangan
disulami dengan air. Ini untuk
mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau
tiga jam selepas makan.
1. Selepas bersalin, sesetengah
wanita mengalami masalah perut
buncit. Cara untuk
memulihkannya kembali ialah : 2. Campurkan sedikit kapur
makan, lima helai daun sirih,
beberapa titik minyak kayu putih
dan satu sudu besar air limau
nipis.
• Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan
sehingga nampak perubahannya.
1. Tanak kelapa hingga menjadi
minyak. Setelah sejuk, sapukan
pada perut. Biarkan selama 10
minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
2. Didihkan jadam dengan sedikit
air asam jawa sehingga pekat.
Apabila suam, lumurkan pada
perut sebelum memakai
bengkung. 3. Bancuh sedikit asam jawa,
segelas air panas dan garam.
Embunkannya semalaman.
Keesokkan paginya minum air
tersebut sebelum membasuh
muka